contact
Test Drive Blog
twitter
rss feed
blog entries
log in

Malaysian PayPerClick

"THe JoY We HaVe AnD THe SoRRoW We SHaRe"


Tuesday, 13 April 2010


 Yahoo... Nogori monang laie.. entry kali nie khas untuk Nogori... Pueh hati den poie bukit jalil sabtu lopeh... walaupun perasaan cuak menyelubungi diri sepanjang game... tapi Alhamdulillah Piala F.A tahun nie di bawa pulang ke Nogori.. haha...


aku bersamo waghih2 nogori.. haha.... ado plak sesat kedah sorang ha... tak pe bro.. cuba tahun depan.. heheh.. Cuak gle weh malam tuh.. dah la Kedah control game... cuak tahap maksima ler time tuh... btw nice game la... kedah hebat gak doe.. hoho!!! ini ada aku selit kat detik2 kegembiraan nogori!! yahooo... hobin jang hobin!!!

Nogori Champ!!!
First Eleven.. Walaupun keeper reserved... tapi tetap monang!!!

Caya la Sani!!! save tu!!!

 Waghih2 Nogori membanjiri Stadium!!! Sokongan Padu Yang tidak berbelah bagi.
 Satu Pialo dah dapek... Semoga tahun nie nogori sapu semua pialo!!! Hidup Nogori!!
 
kat bawah nie gambar geng2 den yang poie memenuhkan stadium malam tuh!! hoho.. habih semua nak cat muke ha.. hhaha!!!

Ifwat, Pali ngan Sujak!!
Den, pali ngan Ifwat

kat atas nie semua luar stadium.. lama gak la nak mengecat muko eyh tuh!! hahha!!  kat bawah nie lak kek dalam... riuh bai!! hahah!!!
 Riuh weh!!! dah macam badut la ko ifwat!!!
Detik2 cemas... sket lagi nak goll da!!! mok boleh ngantok plak!! hahha!!
 Sampai tertutup mato ha.. nak cat nyer pasal... haha!!
Den la sapo laie...!!

Pueh hati nogori monang!!! walau pun menang penalti... tapi riang eyh tak terkato...!!
nie ade pantun, dari waghih2 N9 Futbol.com

Kusangka Enak Rasa Kenari,
Rupanya Sedap Lagi Daging Kijang,
Ku Sangka Piala Dibawa Lari,
Rupo eyh Nogori Yang Bawa Pulang.

Ok that,all entry kali nie!! hoho!!!









0
Saturday, 10 April 2010








Walaupun Scha tak menang apa2 award malam tu... tetapi bagi ku scha tetap best!!! yehuuuu!!!  One more thing, scha ada salah cakap malam tuh, yang "melbourne, USA". actually Melbourne kat Australia, tapi dah gugup nak wat camane kan, tuh yang sampai salah cakap. Itu macam pon mau jadi kontrovesi ke, ades... media skang nie macam2. Lagi pon memang ada kan Melbourne kat USA, dekat Florida... kan kan kan.. heheh... ok tuh jer post kali nie... It's all about Scha Al Yahya... 

---- SCHA ROXX-----

3
Tuesday, 6 April 2010


Ini perkara betul kan? Lol Malaysian people never satisfied!





3
Sunday, 4 April 2010

Tiba-tiba rasa rajin pulak nak blogging hari ini. Entry kali nie plak kira macam sambungan from entry sebelum nie la. Lepas selesai prank, macam biasa la lepak minum dulu borak2. Lepas tu pulak kte orang beramai-ramai main Counter Strike. Semenjak dua menjak nie aktif sungguh main Cs nie. Pertembungan macam biasa. Team Sujak Vs Team Dan(Azim Housemate team). Setakat nie baru tewas sekali ngan die orang nie. Aku macam biasa la dgn sujak. Nama pun rakan serumah.Map biasa kte orang lawan la, de_dust, malam tuh agak ramai la yang mengambil bahagia. 8 lwn 8. Untuk first round fight gak la, saling kejar mengejar, tapi akhir nya team sujak gak menang. haha!!... Team aku ler Champion. Tema team aku malam tuh nama sayur. Antara nama nya "Black Hot Chili Pampers", "Terung Masak Kicap" "Jagung" macam2 lagi la, tak igt plak aku. 2nd Round Dan, Azim and the gang kene tapau kaw2 punye untuk map yang sama, score yang aku igt time tuh (Terrorist 2, Counter Terrorist 32) haha..Akhirnya give sampai tukar map, de_dust 2 lak. 3rd round nie masing mata dah ngantok, men belasah je. So 3rd round team aku tewas la. Tapi tak de la teruk hoho.. Kesimpulanya "Counter Terrorist Win" haha! Sebab terlalu asyik men Cs, tgk jam dh pukul 5 pagi. So masing2 dah penat balik ler apa lg.

Ok. Sepatutnya tdo awal malam bukan men Cs, sebab pagi aku ngan sujak ade tournament bowling untuk club rugby, MMu Olympic. Aku mengambil langkah berjaga dengan tidak melelap kan mata. Mengikut penganjur game start pagi. Takut terlajak aku melayan je la lap top nie sampai pagi. Aku ambil bahagian untuk kategori berpasangan lelaki. Punya la awal aku ngan sujak pergi, rupe2 nye die bagi men single dulu. Ingat kan jalan sekali harung, dah kene menunggu. Baik aku tdo jer dulu td. So game bermula lambat, lebih kurang pukul 12 kot. Masing tak cukup tdo, so tak target apa2 just nak habiskan game cepat je. Melalut la bola masing2 ades, so keputusanya anda sendir boleh teka la kan. Habis jer game aku isi perut dulu then balik rumah qada' tdo.Memang tdo tak igt dunia punya sampai la Maghrib. Lepas maghrib plak Big game doe, Chelsea Vs Manchester United. Memang aku mengharap Chelsea menang game nie.


Bermula plak cite pasal Bola... Sebenar nya ada 2 game penting malam semalam. Lagi satu game yang aku maksudkan separuh akhir 2 Piala F.A antara Negeri Sembilan Lwn Selangor. Oleh kerana aku agak susah berpisah dengan katil, so tak dapat la aku balik ke paroi. Maghrib baru nak bangun memang tak sempat la der, Macam biasa bersama rakan2 biasa layan la live game Chelsea Vs Manchester United kat "mapley ar-rahmath" memang puas hati la aku. Man Utd kalah. haha... memang kalah pon 2-1. Nice la Chelsea, walaupun aku bukan penyokong Chelsea aku tumpang gembira la. Terdiam seketika penyokong2 Man Utd. Puas hati doe....


Satu lagi kegembiraan aku semalam, Nogori masuk final piala F.A puas hati gak aku, nak sangat Selangor kalah. Ha Nogori memang aku sokong dari kecik. Walaupun kalah kat paroi semalam 1-0. Tapi nogori layak atas kelebihan gol ditempat lawan. Separuh Akhir 1 Selangor tewas 2-1, aku harap misi menambah koleksi Piala untuk skuad rusa tercampai.. Hidup Nogori. Hobin jang Hobin. 10 April ni perlawanan akhir kat Bukit Jalil, lawan nogori di final adalah Kedah. Kuat gak kedah doe, aku nak gi tgk Final...  Semoga berjaya menundukkan Kedah. Hati-hati la amukan si Rusa!! haha!!!


Tahniah sekali lagi buat kapten Negeri Sembilan, Rezal Zambery Yahya kerana berjaya membawa Skuad rusa ke pentas Final Piala F.A. Semoga kejayaan memihak pada pasukan Negeri Sembilan, So team nogori training sungguh2 yo.... Ha habis cito dah untuk entry kali nie.. Sambung Lain kali Pulak yo!!!

Asslammualaikum!!!

0


 Aktiviti hujung minggu kali ini penuh dgn tawa riang dan cemas. Aku dan rakan2 seperjuangan di bukit beruang nie membuat plan "baik punye" untuk mengenakan 2 orang junior. Mengikut rekod prank kami, inilah prank kali ke-7 yang telah dilakukan. Kire ala "wakenabeb" gak la ni. Prank kali nie juga datang dari idea 2 orang yang biasa merancang prank2 yang lepas. Siapa lagi, Mr Sujak@Mentibang Laut dan Mr. Adib. Idea bernas 2 orang makhluk nie membuat kan prank kali nie berjalan dgn lancar. Ramai jugaj crew2 untuk prank nie. Semuanya disusun dgn teratur. 

Plan bermula selepas mangsa prank kami selesai menjawab "mid term test nya" Tugas pertama rakanku "Apit" dengan mengajak mangsa pergi menahan "bubu" di tasik Ayer Keroh. Apit mennyuruh 2 mangsa ni menunggunya di rumah aku. Dalam masa yang sama aku disuruh untuk beredar seketika bersama "Rahmat". 2 org yang kononnya busy sedang standby di rumahku untuk melakonkan babak seterusnya, "Bob dan Pali". "Sujak pulak lepak kat rumah "Adib" yang kononya sujak nie gie meeting. 2 orang lagi dah siap sedia kat Restoran Subaidah MITC yang kononnya, ada perbincangan dengan rakan lain, "Adib Dan Ifwat". Sementara tugas aku pulak mencuri @ "merembat" kereta sujak. So aku standyby jer la. Ha tgk ramai gak pakai crew. Lagi satu prank kali nie paling mahal kos la digunakan. Duplicate Waja Sujak NBG 7389 agak la mahal nye RM9. hoho...

Ok, Sekarang masuk nya babak pertama prank, 2 org mangsa tadi bergerak ke rumah aku yang kononnya nak tunggu apit datang, nak gi pasang bubu kat tasik ayer keroh. Setibanya di rumahku, Bob dan Pali memainkan peranannya. hoho... buat2 busy kononya nak hantar baju ngan amik Akashah dekat town. Tiba dapat panggilan telefon dari "Adib dan Ifwat" di Mitc untuk tolong jemput mereka kerana tak der transport. Dengan selamber dan confident nyer bob menyuruh 2 mangsa nie mengambil mereka dengan menggunakkan kereta Sujak. Mangsa nie pon, tak berdalih ikut jer bob cakap. Sebab time tu memang tak de org lain di rumah aku nie. Selepas jer 2 mangsa ni memandu kereta Sujak untuk mengambil Adib. Bob terus call aku. Ha nie aku nyer part lak wat keje.

Babak 2 pon bermula, aku yang kononya tiada di rumah tadi terus balik ke rumah. Bob plak dah ready nak hantar aku ke Subaidah. Untuk Operasi "merembat" kete. Aku plak menunggu signal dari Adib untuk pastikan 2 org mangsa nie dah duduk di table minum bersama mereka. Selang 5-6 minit, msg pon sampai di handphoneku. "toot2 toot2" bunyi msg masuk. Adib memberi signal yang status clear sekarang untuk rembat kete. So aku ngan bob sampai, aku terus mencari (NBG 7389) untuk di bawa lari. Kejap jer cari dah jumpe, parking lot kat ctu bukan besar pon. haha... Start engine" vroommmm" terus bawak lari. Kereta Sujak aku letakkan di parking lot dalam campus. Yang kononnya hilang la. Aku pon beri signal untuk Adib yang kereta dah aku rembat, untuk Adib dan Ifwat terus kan babak seterusnya.

Babak 3, Adib dan Ifwat buat2 gelabah kete hilang dan terus roger bob untuk gi subaidah. Maka Bob, Pali, Akashah, Aku, Apit dan Rahmat bergerak la ke tempat kejadian. Buat2 serius masing2, padahal sume tahan gelak, Bob pulak betul2 memainkan peranan dengan memaki hamun mangsa. hoho.. Bila aku tgk muka 2 org mangsa nie memang kesian gle. Cuak nak mampus,kate pon prank kan memang nak buat bagi cuak. Seterusnya owner kete,Sujak dieberitahu, dan kononya dengan nada marah bob menyuruh 2 org mangsa nie balik ke rumah aku dahulu, kononya Sujak nak jumpa. Aku dan Apit membawa 2 mangsa pulang ke rumah dengan Gen2 Apit. Semasa dalam kereta salah sorang dari mangsa bersuara " Apahal pulak bob nak marah2 camtu, die yang suruh kte orang, dah nak jadi nak wat camane" dengan nada agak marah. hehe..

Babak seterusnya, di rumah aku balik, menunggu Sujak pulang ke rumah dari rumah Adib, kononnya ada meeting. haha...2 orang mangsa melepak dalam bilik aku menyuarakan kerisauan hati mereka. Macam nak gelak pon ada aku rasa. hahah... Aku pon cuba relax kan die orang, sambil melayan laptop pusaka aku nie haha.. Bob pulak memainkan peranan dengan serius sound tepek jer kat mangsa 2 orang nie.Tibanya sujak di rumah, scene bertengkar pulak. Pertengkaran antara Bob dan Sujak. Sujak menyalahkan bob sebab bob yang dipertangungjawab kan jaga kereta. Bob pulak dengan suara langsinya menyalahkan 2 mangsa nie. Sujak buat2 serius nada marah suruh dapat kan kete. Kalau tak sekor2 kena belasah, dengan besi kat tangan nya. haha... Suasana bising bertengkar menyelubungi rumah aku ketika itu. 2 mangsa nie makin panik, sampai teduduk la. Adib plak buat pening kepala, Akashah salah kan bob, Ifwat dengan scene mata kailnya, dengan helmet terbalik nya, hahaha, pali pulak dengan kayu nak rembat orang nya. huhu.. riuh rumah. Suasana makin tegang. Tapi semuanya lakonan semata2. 2 orang mangsa tadi ambil keputusan untuk mencari kereta Sujak, Bob pulak suruh cari kat area bukit baru, area2 JIKI sana tuh. Dengan pantasnya 2 org mangsa tadi chow. Crew2 yang dalam rumah dah mula gelak terbahak2 hahaa. Semua terjadi seperti yang dirancang.

Ok, akhirnya babak penghabisan, owner kereta Sujak pergi ambil kereta yang disorok tadi untuk mengakhiri prank Geng Kuntil Kali ini. Lokasi babak akhir adalah di pintu gerbang Ayer Keroh berhampiran dengan Tol Plus dan Stesen Minyak Petronas Ayer Keroh. Semua krew berkumpul di Lokasi Akhir. Sujak meletakkan kereta di sisi jalan betul2 di bawah pintu gerbang, dan biarkan pintu kereta di buka. Kononnya si pencuri kereta telah melarikan diri dengan membiarkan kereta di situ. Bob sekali lagi memainkan peranan dengan menelefon mangsa, yang ada rakan memberi informasi lokasi kereta sujak, iaitu di pintu gerbang ayer keroh dan menyuruh mangsa untuk cuba mencari disana, dengan nada serius. Dalam masa yang sama kami telah berpakat dengan 2 orang pengawal yang sedang berkawal di situ, meminta pengawal tersebut nampak ada orang melarikan diri meninggalkan kereta. Semua krew pulak bersembunyi di tingkat atas pos pengawal. 2 orang mangsa nie pulak agak lah lambat bergerak ke lokasi akhir, 2-3 kali jugak bob call dengan nada serius.Akhirnya mereka sampai, 20 minit jugak krew2 menunggu. haha.. Tapi babak akhir nie tak menjadi sangat, sebab Pali kantoi dengan mangsa semasa merakam babak2 akhir mangsa. So, semua krew pon turun ke bawah dengan buat muka selamber, sambil gelak terbahak2. 2 orang mangsa nie terkedu, baru la die orang tau semuanya prank.Salah sorang mangsa dengan muka yang masih terkedu, macam tak percaye apa yang berlaku. Risau pon ada tgk mamat nie, ok ke tidak. Akhir nya 2 orang mangsa nie menarik nafas lega la. Semuanya berakhir, dan hanya prank semata- mata. Inilah kisah prank kali ke tujuh  -KuNTiL corp-, siapa pula mangsa seterus nya. Tunggu dan lihat sahajalah!! 

Inilah 2 orang mangsa KuNTiL kali ini.
                                                             Fadzil                      Am

Huh. Agak panjang gak la entry kali nie.So pada 2 orang mangsa kat atas nie. Sorry la weh, gurauan rakan2 semata ok. Prank nie la yang akan jadi kenagan bila korang dah tue nanti. hoho... sampai kecut perut weh. hehe.. Ha ini la senarai krew2 pada malam itu.
Sujak, Adib. Bob, Akashah, Ifwat, Pali, Rahmat, Apit, Aku. Watak paling dibenci oleh 2 orang mangsa di atas ialah bob.. hahah!!Ok la.. Sampai sini sahaja entry kali ni..

Sekian



Wednesday, 31 March 2010

  Berakhir sudah drama bersiri Awan Dania 2, macam kejap jer rase dah habis 2 season. Maybe tak de lagi season 3. Drama apa lak actress fav aku nie nak berlakon, confirm aku tgk.Ending nyer citer nie, Benji ngan Ikhsan sama2 x dapat lagi memikat hati Dania. Dah ade cite2 baru lak Dania nie. Masih tak puas lagi terbang di awan biru tu! hoho... memang roxx la die nie!! Ini ayat last Cik Dania dalam cite nie, "dari kecik aku bercite-cite nak jadi pramugari,aku nak takluk awan dan aku berjaye. Tapi kenapa aku rase aku masih belum puas hati lagi, ape lagi yang tak cukup dalam hidup aku nie. Mungkin jadi pilot nie jawapannye,aku harapkan permohonan ini berjaye dan mungkin aku akan terbang lebih jauh lagi." so kesimpulanya nak jadi pilot la. Profession yang semakin mencabar, mungkinkah ade sambungan drama siri nie. Aku pon tak tau da. hehe!! 

gambar nie Dania berangan jadi pilot.

Adakah berjaya cik Dania nie jadi pilot, aku pon tak tahu. Tiada sambungannya, kesimpulanya cik Dania nie tak mau kawen lagi, die nak terbang puas2 sampai la tak larat kot. huhu... Cik Dania memang sempoi la senang cte. Tak takut pon jadi anak dara tue, walaupun 2 lelaki berebut die nie. Tunggu la Dania nie sampai puas terbang. haha...  Congrats untu Scha Al Yahya kerana dgn jayanya berjaya menghabis kan 2 season awan dania dan lakonan yg berjaye la.. hoho... so sape yang "kipas susah mati" scha kat luar sana vote la scha untk ABP Bharian nanti ye.. hahha.. semoga perjalanan karier scha berjalan dgn sukses.. ha kat bawah nie ade sket screenshot last episode for awan dania 2. Layan...


ha lagu nie OST awan dania! Best gak lagu nie!



0
Sunday, 28 March 2010


New entry 2nd time for today... Semakin kerap aku blogging sekarang. Malam semalam meluangkan masa bersama rakan2 bujang aku kat melaka nie, tengak wayang ramai2.. Evolusi KL Drift 2! Aku bagi 4 bintang la untuk filem nie. Action2 dalam citer nie makin style dari yang first, layan2. Pelakon2 pon mantap2, Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Farid Kamil, Shaheizy Sam, Remy Ishak, and my fav actress.... of course la "Scha Al Yahya" yuhuuu..!!! Aku nie "Kipas Susah Mati" Scha!! 

 Scha Al Yahya Semasa Di Set...
Salah Satu Adegan Dari Scha dan Aaron

Video bawah nie plak official trailer untuk filem nie.


 Babak2 Akhir Dalam Filem ini... Style!
scene kat atas nie adegan kejar mengejar "zack" ngan "joe" habis hancur kete weh.. hoho!!korang tgk jer la baru bleh tau best ke tak kan... mungkin ade yang cakap filem aksi melayu low class.. tapi "ada aku kesah" supportive la sket.. sape lagi nak support bangsa kita kan.. so support la filem melayu! Untuk aku faktor utama aku nak tgk cite nie.. sebab heroin die ler.. aper lagi.. wahahah!!! Aku suggest kan korang tgk la, memang tak rugi.. hoho!! jalan cerita pon ok, tersusun. Filem nie tak silap aku pakai bajer besar so aku rasa layak box office la.. Sound system pon ok.. pendek kate macam susah la nak cari kelemahan.. hoho.. macam pro lak aku berkata-kata.. hoho!!

Tetapi wahai rakan2 bloggerku, ada gak yang aku rasa cam tak best dalam filem nie, ade satu scene nie scene percintaan "zack"(syamsul) dan "alia"(scha) macam tak kene tempat ngan time.. hoho... scene yang kene sabotaj dadah tuh pon, aku tak setuju la die lari.. nak takut ape kalau tak salah boleh jer explain kene sabotaj kan. hoho... "kamal" (remy) pulak aku tgk macam tak de ciri2 polis pon.. hoho... cam lembab je wat keje hahah... macam2 jer aku komen kan sedap mulut jer.. tapi itu pendapat kan.. tak salah bagi komen membina.. 

Dalam filem nie aku suke style "joe" cakap yang nie "wa nak lu cari zack sama ngan dia kawan2 dtg jumpa gua, wa nak habiskan ini cerita" cam otai gle lak mangkuk nie.. ape2 hal pon.. sokong la filem anak melayu. Kite anak melayu mesti support kan.. so aku bagi 4/5 bintang@ star for filem nie...  sesiapa yang belum tgk tuh... gi la tgk.. memang berbaloi la aku rase... lastly Scha Al Yahya Roxx.. video kat bawah adalah temubual scha tentang filem nie.. sumber dari youtube la.. aper lagi!!






 Selamat Menonton La Ye Rakan2 bloggerku!!


3

Salam, pembuka bicara wahai rakan blogger sekalian.. nak post bende nie 2-3 hari dah. Saat dan ketika ini la baru dapat. Sekarang blogger pon boleh dapat award, bukan org2 kenamaan ngan artis jer haha!!!  http://kobeng8.blogspot.com/ pon dapat gak... Beautiful Blogger Award! yehooo!!!
so entry kali ini ikut sahaja procedure yg telah ditetetap kan, seperti di bawah.

STEP 1: PUT THIS PICTURE IN YOUR BLOG  
 

STEP 2: THANKS THE ONE WHO GAVE TO U 
 Award nie diberikan oleh rakan blogger di tempat aku menuntut ilmu nie, thanks to AmaD! Walaupun rasa macam tak patut dapat jer. haha!! btw tq weh!!

STEP 3: GIVE TO 15 OTHER FRIENDS
Ooppss... Nie part paling payah aku rasa.. tapi aku akan try list kan la..!! hoho!! Ini yg terpilih la... hoho!!


ha...nie yang aku pilih la.. hoho.. tak semestinya page die lawa... mungkin post2 die menarik ke, mungkin org nyer ker, lawa @ ensem ke. hehe!! wahah!! pastu ade plak member yang dah dapat award nie. takkan nak bagi lagi kan.. hoho.. so aku men select jer la yang lain..


STEP 4: SEVEN THINGS ABOUT U 
  • Masih lagi seorang student
  • Orang Nogori
  • Anak Sulong
  • Emotional gak la aku nie.. haha!!
  • Nickname bersepah: kobeng,mdok,ron,sakaki,
  • Fav Sport: Bola Sepak ler, Ragbi pon, Bowling juga.
  • Penyokong setia Liverpool ngan Negeri Sembilan 
Ok dah siap.. hoho!! Done!! Is done!! hoho!!! 
Assalammualaikum!! 


 



4
Friday, 26 March 2010

Hari ini 10 Rabiul Akhir 1431 hijrah, hari jumaat da... 26 Mac 2010. Singkat betul rasenya, sekejap jer dah nak habis mac... lepas nie masuk bulan April lak.. maka akan ada la lawak2 bodo "April Fool" di kalangan rakan2 sekeliling nanti.
 
Pagi yang sunyi ini buat aku terasa ingin menaip sesuatu di diari cyberku ini, a.k.a blog ler. Seperti kebiasaan rakan2 seperjuangan masih lena melayan mimpi2 indah mereka. Hanya aku seorang yang masih berjaga di saat ini. Selalunya hampir masuk waktu sembahyang jumaat nanti baru la mencelikkan mata, biasala menunaikan kewajiban sebagai umat Islam di muka bumi ini. Bulan April menjelma maka bertambah sibuk la aku menempuh hari2 mendatang, dengan "assignment" nak kene submit, "test" lagi 8 April. Kumpul duit sewa dan bil sudah menjadi rutin aku setiap bulan. Final exam pon dah tinggal sebulan lebih je, so dah kene start ler "study" huh... Itu pon kalau ada kesedaran... kebiasannya waktu2 kemuncak nak exam baru la pulun habis-habisan. Aku berharap trimester ini lebih baik dari yang lepas. Memang kene lebih baik kan....macam la layout blogku ini, sudah bertukar wajah, bagi aku lebih baik la dari yang lama.Banyak juga yang aku ubah suai sampai la ke tahap aku puas hati. Kira ok la untuk aku ni, aku ini bukan la pandai bermain dengan bahasa komputer ni, banyak lagi yang belum diketahui. Yang aku baru sedari, sekian lama aku mempunya akaun nuffnang, baru2 ini sahaja baru betul2 nak bersungguh. Walaupun sudah bertahun iklan2 nuffnang muncul di blog ku tapi aku buat tak endah je. Tapi sekarang memang ada gunanya la, boleh gak dpat sen sket2. So rakan2 selalu la layari blog ini ye. hehe..  :-)  Sejak kebelakangan ini pulak, aku mempunyai minat baru... melayan drama melayu. Walaupun dengar macam x best.. bak kata org " aper la layan cerita melayu " tapi tak terkata cerita2 melayu skang nie best2 gak la.. hhoho.. antara yang top la.. Nurkasih.. cerita nie islamic sket la... tapi memang layan habis la.. hoho.. habis satu rumah aku gak layan.. haha... lepas tuh macam2 la cerita2 lain muncul, yang sedang aku layan bersama rakan2 rumah sewa ni... Cinta Tikar Sejadah, Asmaradana... drama terbaru kat Tv3 tuh.. hoho.. mungkin "Tiz Zaqyah" nyer aura power kot. hahah!!!
 

Lagi satu drama, ha yang nie memang aku lama dah layan "Awan Dania" hoho.. boleh la tahan drama nie... mengingatkan aku drama Jepun "Attention Please". Aku minat doe heroin citer nie...
"Scha Al Yahya".. sempoi doe die.. hoho.. walaupun hidung besar...  tapi cun gak la... Ramai yang tidak setuju yang die nie cun, tapi aku tetap rase cun je, hahaha peduli ler ape org nak kata kan... "Ada Aku Kesah!!!" Isnin akan datang episod akhir drama Awan Dania ni, maka tunggu la drama apa lak heroin fav aku nie nak berlakon. Buat masa nie melayan la drama yang ada nie kan.. hoho... So nama pon dah org melayu, support sket cerita melayu kan.. Jam pon sudah 10 pagi, Cukup la nukilanku buat kali ini... len kali tulis lagi.. Sekian.
 p/s: aku nak share ngan korang video kat bawah nie... Layan!!!!!




2
Tuesday, 16 March 2010










Monday, 22 February 2010

Zaman It sekarang nie sumer org nak on9 jer manjang.. sampaikan nak on9 kat mane saje... gler la.. hoho... dulu kecoh i phone... skang blackberry lak... tapi aku suke doe blackberry... nak satu wei.... 24 jam leh on9 dimana saja.. hahah...

scha and her sis... (pengaruh blackberry) hehe.. :-)

4
Sunday, 21 February 2010

“Ya Allah. Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah”. Ameen





    

0
Wednesday, 3 February 2010

Salam... Pembuka bicaraku pada pagi ini... Di pagi yang sungguh sunyi ini aku terasa seperti mahu menulis sesuatu pada blog ku ini... Rakan2 seperjuanganku masih lagi lena diulit mimpi di tempat masing. Tapi aku sudah mencelikkan mata untuk menempuh hari baru.. Hari ini mungkin banyak agenda yang perluku selesaikan... betapa banyaknya tugas aku sebagai khalifah di muka bumi ini. Aku harap aku dapat menguruskan semua tugas2 ku dengan jayanya.. ku pohon bimbingan dan bantuan rakan2 untuk menempuh hari2 mendatang... Masih jauh lagi perjalanan hidup ku ini. Apakah yang akan berlaku pada hari2 mendatang dalam hidup ku? Sudah banyak kenangan pahit manis yang aku tempuhi sepanjang hayat ku yang kini berusia 23 tahun 4bulan 15 hari. Yang baik agar dapat aku jadikan pengajaran dan yang buruk akan ku tinggalkan untuk dijadikan teladan.. Seperti sungguh banyak memori yang bermain di dalam fikiranku ketika ini. Memori2 yang telah mendewasakan diri ku sehingga kini. Memori2 indah yang tidak akan ku lupakan akan sentiasa tersemat di dalam diriku ini. Untuk menjadi penghibur diriku di kala sunyi... memori2 hitam pula akan sentiasa mengingatkan dan berhati2 dalam apa jua yang kita lakukan.. Seperti mahu pulang kembali ke masa silam untuk perbaiki kesilapan yang aku telah lakukan.. tapi apakan daya aku hanya insan biasa yang hanya menunggu hari2 mendatang dan menunggu apa yang akan terjadi dalam hidup ku pada masa hadapan.. ku berharap hidupku akan lebih sempurna dan indah hingga ke akhir hayatku... Sekian la nukilan ku buat kali ini... Mungkin apa yang aku coretkan ini tidak memberi apa2 impak kepada anda yang mungkin sedang membaca... tapi ia mungkin akan memberi kesan pada diriku.. terima kasih kerana sudi membaca... ku akhiri dengan ucapan ASsalamMualaikum... dan
Selamat Pagi Semua... Semoga hari ini lebih baik dari semalam ... Sekian.....!!!

2
Friday, 1 January 2010

Selamat tahun Baru!!
Happy New year!!
Kul 'am wa antum bikhair!!
Akimashitte Omedetto Gozaimasu!!
Xin Nian Kuai Lei!!

◄◄ the good times, ► the memories, ▌▌the drama, ■ the hurting, ►► the sad times

Related Posts with Thumbnails

You Are No.

web page hit counters

Facebook! & Ym!

Schools!

Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya. (1993-1998)
(SKTPJ)

Sekolah Dato' Abdul Razak.(1999-2003)

(SDAR)

Multimedia University. (Currently...)
(MMU)

Nuffnang

BlogMalaysia.com

Sdarians 99'3

Sdarians 99'3

Baba Street

Baba Street

Mmu Falcons

Mmu Falcons

Newspaper

Personal Blogs - BlogCatalog Blog Directory