contact
Test Drive Blog
twitter
rss feed
blog entries
log in

Malaysian PayPerClick

"THe JoY We HaVe AnD THe SoRRoW We SHaRe"


Wednesday 1 April 2009

Yahooo.... nogori monang kat kelantan!! hahaha....

REKOD cemerlang Kelantan di gelanggang sendiri lebur di tangan Negeri Sembilan apabila tewas 1-2 ketika Perlis melonjak sebagai pendahulu baru selepas mengambil kesempatan daripada kekalahan yang turut dialami Selangor.

Di Stadium Sultan Muhd IV Kota Bharu, rekod tuan rumah bukan sahaja lebur malah kini berdepan kemungkinan dikenakan tindakan berikutan insiden membaling objek ke padang oleh penyokong tempatan yang menyebabkan permainan terhenti lima minit.

Kelantan mendapat peluang seawal pada minit ketujuh menerusi tandukan Azlan Zainal, yang berpunca daripada sepakan sudut kapten pasukan, Badri Radzi tetapi bola berjaya dikeluarkan benteng lawan di atas garisan gol.

Negeri Sembilan hampir menghukum kealpaan tuan rumah pada minit ke-33, tetapi sepakan kaki kiri Mohd Zaquan Adha sekadar menggegar jaring luar Kelantan.

Namun, pelawat akhirnya memecah kebuntuan hasil serangan balas pantas yang disudahkan Shahurain Abu Samah (m-41) apabila dia melepaskan sepakan leret menewaskan Halim Napi selepas menerima hantaran Zaquan.

Pasukan bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu kemudian melebarkan jurang gol menerusi Mohd Zaquan Adha (m-62), sebelum Indra Putra Mahayuddin merapatkan jurang menerusi sepakan penalti pada minit ke-84 yang sekadar gol sagu hati tuan rumah.

(nie amik dari berita harian jer!! haha)
janji puas hati monang kat tempat lawan!! hahah... pasnie men kat paroi lak!! EKRAM!!! jom la turun paroi!! hahahah!!! Hoben Jang Hoben!!

YAHOOO!!!!!

3

3 comments:

  • azwin khairuddin on 2 April 2009 at 10:37

    bersemangat waja nmpak. tau la org negori. hehe

  • KoBeNg8 on 2 April 2009 at 18:56

    hahah!! semangat sket la awin!! huhu..!! member2 fan kelantan nie!! heheh!!

  • pkor on 14 April 2009 at 02:13

    kalah sikit je tuu...still kt atas lagi tu....nasib baik tak kena bakar maa...hahaha...ganas banget penyokong kelantan

  • ◄◄ the good times, ► the memories, ▌▌the drama, ■ the hurting, ►► the sad times

    Related Posts with Thumbnails

    You Are No.

    web page hit counters

    Facebook! & Ym!

    Schools!

    Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya. (1993-1998)
    (SKTPJ)

    Sekolah Dato' Abdul Razak.(1999-2003)

    (SDAR)

    Multimedia University. (Currently...)
    (MMU)

    Nuffnang

    BlogMalaysia.com

    Sdarians 99'3

    Sdarians 99'3

    Baba Street

    Baba Street

    Mmu Falcons

    Mmu Falcons

    Newspaper

    Personal Blogs - BlogCatalog Blog Directory